Saham Akhirat
Assalamualaikum. Kenapa saya tulis apa yang saya tulis? Kenapa saya fikir apa yang saya fikir? Kenapa saya lihat apa yang saya l...
https://encikrusydi.blogspot.com/2016/01/saham-akhirat.html
Kenapa saya tulis apa yang saya tulis?
Kenapa saya fikir apa yang saya fikir?
Kenapa saya lihat apa yang saya lihat?
Kenapa saya cakap apa yang saya cakap?
Hari ini saya akan berkongsi konsep hidup yang sangat simple. Saya nak cerita tentang saham akhirat.
Kenapa saya tulis pasal saham akhirat?
Kerana saya seorang Islam. Sebenarnya, hari ini saya menolong diri saya sendiri dengan berharap tulisan saya ini akan jadi penolong untuk saya di akhirat kelak. Ilmu. Saya menulis kerana ilmu yang bermanfaat, insha allah.
Apabila sudah tiba ajal, kita akan pergi. Hidup ini pilihan. Sama ada kita nak pergi ke alam yang satu lagi tu dengan bekalan kosong, ataupun dengan bekalan yang cukup? Kita pilih.
PERINGATAN PADA SAUDARAKU
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).
Berdasarkan hadith di atas,
3 AMALAN YANG TIDAK TERPUTUS SETELAH TERPISAH NYAWA ANAK ADAM ADALAH:
1) SEDEKAH JARIYAH (WAQAF)
2) ILMU YANG BERMANFAAT
3) DOA ANAK YANG SOLEH
3 AMALAN YANG TIDAK TERPUTUS SETELAH TERPISAH NYAWA ANAK ADAM ADALAH:
1) SEDEKAH JARIYAH (WAQAF)
2) ILMU YANG BERMANFAAT
3) DOA ANAK YANG SOLEH
Kenapa saya perlu fikir apa yang saya fikir?
Kerana orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati. Kita sebagai muslim perlu sentiasa mengingati bahawa ajal itu pasti.
Kerana orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati. Kita sebagai muslim perlu sentiasa mengingati bahawa ajal itu pasti.
Apabila kita fokus kepada Allah, kehidupan kita akan tenang. Jadi, pada hari ini saya ingin membuka peluang dan berkongsi rezeki saya bersama-sama anda. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Anda ingin menjadi agen Arabic Gum di Malaysia? Anda ingin membuat bisnes part-time Arabic Gum? Apa lagi, anda ingin dapatkan Arabic Gum murah? Saya boleh ajarkan. Anda boleh mendapatkan Arabic Gum pada harga borong melalui saya. Hubungi saya segera di 0173461464. Insha allah, kita akan berkongsi rezeki bersama kerana saya percaya, kita perlu kayakan orang lain sebelum kita menjadi kaya. Tetapi anda harus tahu bahawa "Kaya sebenar bukan kaya harta, tetapi kaya hati".
Kenapa saya lihat apa yang saya lihat?
Cuba tanya diri sendiri, adakah apa yang kita lihat pada hari ini adalah sesuatu yang Allah redha?
Cuba tanya diri sendiri, adakah apa yang kita lihat pada hari ini adalah sesuatu yang Allah redha?
Untuk menjadi manusia positif, kita perlu melihat perkara-perkara yang baik. Lihat kebesaran Allah. Luangkan masa untuk melihat pemandangan bumi yang indah ciptaan Tuhan kita yang Esa. Barulah kita dapat mendidik sifat syukur nikmat di dalam diri sendiri.
Untuk melihat secara luaran, saya mengambil contoh Dr Azizan Osman. Walaupun saya bukan student beliau, saya selalu ikuti perkembangan beliau di instagram. Apa yang menarik minat saya pada beliau adalah sifat nya yang suka memberi. Walaupun beliau kaya harta, beliau juga kaya hati. Tokoh ini saya sanjung sebab pertamanya dia kaya. Kedua, dia gunakan kekayaan dan harta dia ke jalan yang baik. Bayangkan, siapa yang sanggup laburkan duit mereka sendiri untuk sambutan Tahun Baru 2016 dengan membuat selawat dan ceramah agama secara besar-besaran?
Kenapa saya cakap apa yang saya cakap?
Kadang2, kita tak perasan bahawa apa yang kita cakap hari2 adalah perkara yang sia2. Lebih baik DIAM daripada berkata perkara2 yang negatif. Itu salah satu langkah untuk menjadi manusia positif. Kita kene sebut dan berkata perkara2 yang Allah redha. Insha allah, lebih banyak kita mencuba untuk berubah ke arah lebih baik, lebih banyak pertolongan Allah yang akan datang kepada kita. Gunakan lidah yang ada untuk berkata perkara2 yang berfaedah.

"Ilmu itu dimiliki dengan LIDAH yang banyak bertanya dan AKAL yang gemar berfikir" (Abdullah Ibnu Abbas)
Sekian perkongsian saya.
Best Regards,Encik Rusydi
Best Regards,Encik Rusydi